Monday, 24 December 2012

laksam kelantan 3




LAKSAM
(sori kuah xsempat nk snap...huhuu)
Bahan untuk Laksam
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
5 1/2 cawan air sejuk
1/2 cawan air panas mendidih

Loyang bulat atau tudung periuk - lenser dengan sedikit minyak masak (kalau nak cepat, gunakan 4-6 biji)
Periuk kukus - masak air hingga mendidih

Bahan Kuah laksam
3-4 ekor ikan kembung - dibakar atau rebus, ambil isinya sahaja, tumbuk atau blend (nak lebih pun boleh)
1-2 keping asam gelugur, boleh guna air asam jawa
5-6 biji bawang merah, tumbuk lumat
sehiris dua halia, tumbuk lumat
sedikit lada hitam, jika suka, tumbuk lumat
garam secukup rasa
santan secukup kegunaan (sebiji)

Bahan Ulam-ulamnya:-
Tauge
timun, kacang panjang, daun kesum, bunga kantan - hiris halus
pucuk daun samak, pucuk mata ayam, pucuk gajus..
daun kemangi atau daun selasih
dll ulam yang digemari
Limau nipis utk ambil ainya

sambal belacannya
lada kering, buang biji dan rendam dalam air panas
garam dan belacan
limau sambal

Cara membuat Laksam
Campurkan tepung beras dan tepung gandum. Masukkan air sejuk. Kacau rata-rata. Tuangkan air panas.
Kacau rata-rata dan sedia untuk dikukus.

Cara mengukusnya.
Masukkan loyang atau tudung periuk ke dalam periuk kukus.
Pastikan air betul-betul mendidih untuk mengukus.
Tuangkan satu atau satu setengah senduk adunan tepung ke atas tudung periuk.. Jangan sampai melimpah
tudung periuk. Kukus sehingga masak. Untuk memastikan laksam dah masak, bila tutup kukus dibuka, adunannya
akan kelihatan mengelembung. Itu menandakan dah masak. Jadi, bolehlah diangkat.. Biarkan sejuk sedikit, lepas
tu bolehlah digulung. Ulang proses hingga adunan tepung habis.

(kawan saya buat, tuang adunan tepung atas tudung periuk. Biar sekejap sampai beku. Terbalikkan tudung periuk,
maknanya adunan akan menhala ke dalam air. Seminit dua angkat tudung tu. Ulang lagi guna tudung lain)

Cara membuat Kuah
Campurkan semua bahan. Masukkan ke dalam periuk dan jerang hingga mendidih. Sambil itu dikacau selalu
supaya tak pecah minyak.
Sesuaikan rasa dan angkat. Tapi masih perlu dikacau lagi sehingga suam sedikit untuk mengelakkan isi ikan
berasingan dengan santan.
Hidangkan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman.

Cara membuat Sambal
tumbuk lada kering dan cili api bersama garam dan belacan
hingga lumat. Perahkan limau dan hidang.

Laksam Kelantan 2

Yang ni original kelantan
2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
2 sudu kecil tepung ubi
secubit garam
4 cwn air suam

Cara2:

1. Campur semua bahan dan gaul sebati
2. Perap dlm setengah jam 
4. Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api
5. Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik)
6. Letak pinggan tu dlm periuk kukusan
7. Tuang 2 senduk dan ratakan sampai nipis
8. Kukus sampai keras
9. keluarkan dan tunggu suam terus gulung
10.gunting sederhana tebal

bahan: (kuah laksam)
Kuah: 1/2 kg ikan selayang/sardin/kembung
sedikit halia
5 biji bawang merah
sedikit serbuk lada hitam
3 cwn santan (dari 1 biji kelapa)
sedikit asam keping
sedikit gula

Buat kuah:
1.Rebus ikan dengan air dalam periuk. Paras air sama dengan paras atas ikan.
2.Masukkan satu asam keping dan sedikit garam.
3.Bila ikan sudah masak, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang.
4.Buang tulang ikan.
5.Kisar isi ikan dengan halia, bawang merah dan air rebusan.
6.Masakkan bahan kisaran dalam periuk.
7.Tambahkan serbuk lada hitam, garam, satu lagi asam keping dan sedikit gula.
8.Masukkan santan. Masak hingga kuah agak pekat.
9.Tutup api.

Ulam: kacang panjang, kobis, daun kesum, bunga kantan, daun ketumbar
- semua hiris halus dan campurkan bersama
Taugeh - direndam dalam air panas sebentar
Timun - buang kulit, buang tengah dan hiris panjang

Buat sambal:
1. Rebus semua cili selama 5 minit.
2.Buang air rebusan dan tumbuk semua cili dengan sedikit garam.
3.Tambahkan belacan dan sedikit air perahan limau nipis.

laksam kelantan1


Bahan-bahan ( boleh hidang utk satu family - 2adults 2 kids )

  • Resepi Laksam:
  • 3 cawan tepung beras
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 6 cawan air
  • sedikit garam
  • Resepi kuah:
  • 3 ekor ikan sardine (makeral)
  • 1 tin santan
  • 1/2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 1 btg serai (besar punya)
  • 2 kiub pati ayam/ikan bilis (not necessary)
  • 2 sudu kerisik
  • lada sula
  • asam keping
  • 1 inchi lengkuas
  • beberapa helai daun kesum (not necessary)
  • Bahan tambahan: Telur rebus, Salad, Timun, Taugeh, Sambal belacan, Chili tumbuk, Kacang panjang dll

Cara-cara

  1. cara-cara membuat laksam:
  2. Campur semua bahan dan gaul sebati.Perap dlm setengah jam.
  3. Sementara tu sediakan kukus atas api
  4. Sapu sedikit minyak pada loyang @pinggan. Letak pinggan@ loyang dlm kukus.
  5. Tuang 2 senduk
  6. Kukus sampai agak keras, tidak berair.
  7. keluarkan dan tunggu suam terus gulung
  8. cara-cara membuat kuah:
  9. Rebus ikan sampai masak
  10. kisar halus bahan: bawang merah, putih, serai, halia, tumis dlm periuk (minyak sikit)
  11. masukkan garam, lada sula, asam keping, kerisik, lengkuas, daun kesum dan gula (ikut sukahati)
  12. kacau sebati, sampai naik bau
  13. Tapis ikan dgn air rebusan, simpan air rebusan,
  14. Ikan yg ditapis blendkan sampai hancur, masukkan kedalam periuk yg berisi bahan tumisan. cacau
  15. Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk tadi
  16. kacau sampai mendidih dan masukkan santan dan kiub , kacau lagi hingga mendidih, rasa garam dan gula, tambah ikut citarsa
  17. potong2 laksam, dah boleh hidang and makan

Wednesday, 19 December 2012

cream puff

Nak cuba ubah filling custard ngan pes durian n whip cream heee durian g
Cream Puff
Sumber: Jun@Cupkekasih

Bahan-bahan:
240 ml air kosong
100 g mentega
130 g tepung gandum - akak guna super fine flour
secubit garam
3 biji telur
1/2 camca teh gula castor (optional)

Cara
1. Panaskan air dengan api perlahan.
2. Masukkan mentega. Biar cair sepenuhnya.
3. Masukkan secubit garam dalam tepung.
4. Masukkan tepung gandum dalam adunan air dan mentega yang sedang menggelegak itu. Kacau dengan sudip kayu, sampai tepung tidak melekat pada periuk.
5. Tutup api. Biarkan adunan ini suam (boleh dicuit-cuit dengan jari).
6. Masukkan telur sambil diputar dengan pemutar elektrik, satu persatu dengan kelajuan sederhana sampai adunan menjadi likat.
7. Masukkan dalam piping bag dengan nozel bermuncung bintang tertutup size L.
8. Pipe cantik-cantik atas loyang pembakar yang sudah disapu minyak/butter. Biasanya saya buat spiral, macam simpul sanggul.
9. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 160 darjah selsius untuk 20 minit atau sampai masak - coklat keemasan.


Kastad

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan cc susu segar/ susu cair
2 sudu besar tepung gandum
75 g gula
1 1/2 sudu besar jagung
4 biji telur kuning
2 sudu besar mentega
sedikit esen vanila

Cara membuatnya
1. Letak susu dalam periuk.
2. Panaskan lebih kurang lima minit.
3. Satukan tepung, gula dan tepung jagung. Dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau sebati.
4. Masukkan kuning telur satu demi satu, sambil mengacau adunan. Kemudian masukkan mentega. Terus gaul sampai likat. Tutup api.
5. Paip inti kastad ini ke dalam cream puff tadi.


Custard Cream

Sumber: Honey@MyR

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

Tuesday, 18 December 2012

Apple crumble pie

Pie ni mudah nak buat.... boleh ubah filling... ibu buat filling durian n letak whipping cream ...

Apple Crumble Pie

www.tips-fb.com
Selalu n3 ni tayang kek atau dessert je...tuan umah ni minat mencuba yg tu dr lauk pauk...sbb lauk pauk sll masak ulang tayang je,takde spesel pun..biasa2 je..kalau pelik2 masak kang,ada yg tak menjamahnya.Hari ni mencuba wat apple crumble pie resipi dr umah Hana kat Jepang nun..mmg sedap ni..rasa masam2 manis..kulit nye sedap sekali,tapi rapuh sikit dan susah nak potong ..takpelah janji sodapkan...tq Hana akak c&p ye..

Bahan-bahan
Utk Crumble *loyang 18cm
  • 100g tepung gandum
  • 40g gula
  • 80g butter sejuk dr peti ais
  • sedikit garam
Utk Inti
  • 3 biji epal - kupas dan potong dadu
  • 2 sudu mkn gula perang
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
Cara-cara
  • Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. ketepikan.
  • Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang.tk perlu terlalu tebal. (tp jika ingin lapisan tebal wat adunan crumble 11/2 adunan).Bakar sekejap dlm 10minit.
  • Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
  • Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.
  • Siap dihidang. Enak juga jika dimasukkan ke dalam peti sej
 yummy



Monday, 17 December 2012

Durian Crepe lagi tapi cam resepi ibu

Yng ni resepi  Durian Crepe yg paling mudah... ibu x guna tepung ubi pula heee


Resepi Durian Crepe – Cara Membuat Durian Crepe Step By Step

Resepi Durian Crepe – cara membuat durian crepe step by step
Resepi Durian Crepe
Hari ni aku nak kongsi satu resepi yang hot hot skarang ni kat fb je asyik durian crepe je aku nengok orang duk promote anyway kat sini aku kongsi resepi durian crepe kat korang k..
Sebenarnya durian crepe ni dah lama diaorg ada jual kat shopping-shopping mall kat KL aku penah gak beli kat ikano dulu memang sedap sangat & tak sangka kini aku dapat buat sendiri & terima kasih kat blog ni yang aku amik resepinya : http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/10/resepi-crepe-durian-tutorial.html
Anyway inilah bahan-bahannya
Bahan-bahan untuk kulit Resepi Durian Crepe
Resepi Durian Crepe
50g  Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Ubi Kayu
2 sudu besar gula halus
1 biji telur
1 sudu esen vanila
40ml susu cair ( tapi aku pakai  fcm dutch lady je hihi)
1 gelas air (160ml)
3 sudu butter dicairkan
sedikit pewarna kuning ( tapi aku tak letak pun)
Langkah 1 Resepi Durian Crepe
tttt
Campurkan tepung gandum, tepung ubi & gula halus & ayak ke dalam bekas yang sesuai.
Resepi Durian Crepe
Resepi Durian Crepe
Masukkan susu & kacau rata
Resepi Durian Crepe
Pastu masukkan pulak telur yang telah di kacau2 guna garfu ( kacau siket2 je pun)
Resepi Durian Crepe
Masukkan esen vanila lak..pastu msk air (lupa nk snap )
Resepi Durian Crepe
pastu butter lak & kacau kacau sampai sebati sebab butter ni susah sket nk msk dlm air kan.. pastu tapis
Resepi Durian Crepe
lepas tu leh la membakar adunan lapisan durian crepe korang ni.. sori la terlepas nak snap time tengah memasak adunan ni anyway caranya  ialah ambil satu senduk kecil & leperkan ke atas nonstick pan macam kat pic bawah ni aku curi kat google image ja
Resepi Durian Crepe
saiz ni terpulangla  aku nyer teruk betul xde jadi bulat cengini pun hahaha.. lapisan ni xyah alih-alih tau, agak agak masak je terus telangkupkan kuali kat atas pingan kalo cedok-cedok pakai sudip takut terkoyak lak dah la nipis je menda ni. bagi yang dah expert senang la aku yang amatur ni siap ada yang reject 2-3 bijik sebab salah telangkup sampai jatuh kat lantai huhuhu..
pastu lapisan ke-dua leh je tindan-tindan jangan risau crepe ni x melekat sebab dah kita letak butter dalam adunan tadi. pan korang pun xyah letak ape-ape minyak lagi tau!
Resepi Durian Crepe
Inilah hasilnya kulit Durian Crepe aku tu… malu jugak nak upload ni orang lain buat bulat-bulat ja aku punya hahaha banyak sangat seni ni :D
baiklah kita ke bahan-bahan untuk inti Resepi Durian Crepe
Langkah 2 : Inti Durian Crepe
Bahan-bahan untuk inti resepi durian crepe ialah :
Resepi Durian Crepe
150ml whipping cream + 1 sudu besar gula halus – pukul hingga gebu & kental
Resepi Durian Crepe
dan bahan paling penting ialah mestilah isi durian hehehe…
Resepi Durian Crepe
Inilah isi durian yan telah dibuang bijinya aku nyer lebih kurang 6 ulas kot sebab durian yang aku beli tu kecil2 ke ulasnya kalo yang besar2 tu agak2 la maybe dalam 2-3 ulas pun dah cukup kalo terlebih xpe boleh mamam hehehe..
dan bolehlah ke acara berikutnya.. membungkus
Langkah 3 : Membungkus durian Crepe 
Resepi Durian Crepe
beginilah caranya membungkus durian crepe ambil sesudu cream pastu laps durian & lapis lagi sekali cream & balut cam balut tepung bungkus tu janji semua tertutup hehe..
Bahagian yang ada hangit-hangit tu korang letak inti tau nanti bila dah balut bahagian luar nampak cantik & berseri-serila hihihi
lagi nipis kulit lagi best tapi jangan sampai bocor lak xbest la.
Resepi Durian Crepe
Inilah hasil durian crepe yang pertamaku… hihihi semangatnya dan akhirnya aku dapat menyiapkan 13 biji durian crepe kalo korang pandai buat kulit mungkin leh dapat lagi banyak & lagi kecil saiz lagi la banyak leh buat.
Hasil ni boleh lah untuk hidangan 3-4 orang kot huhuhu
Resepi Durian Crepe
buruk beno rupenye durian crepe aku ni anyway bleh la for first time buat hihihi.. lepas tu masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 4-5 jam supaya whipping cream jadi keras & serasi bersama durian.
setelah 5 jam dalam freeze beginilah hasilnya & realy nyumi
Resepi Durian Crepe
Selamat Mencuba & Selamat Menjamu Selera….

durian crepe 30 biji pula


Durian Crepe

Picture_2489
Sesuai untuk peminat durian dan sangat sedap dimakan ketika sejuk.

Created on : 12-11-2012


 

Bahan-bahan ( 30 bantal )

  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
  • Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.

durian crepe - 70 biji heee


Durian Crepe 5 tepung

4720599842_15df1456e4
dessert special...terbaik dr kampung

Created on : 21-11-2012


 

Bahan-bahan ( 70 biji )

  • Bahan2 ini perlu di ayak 15gm tpg hongkong 25 gm tpg jagung 13gm tpg ubi kentang 13gm tepung ubi kayu 8 gm tepung kastard 20 gm gula aicing 1/8 teh garam
  • 15gm butter cair/ minyak biasa/jagung 250gm air 1 sudu essen vanilla 6 biji telor gred A, pewarna kuning - kesemua bahan ini disebatikan
  • 200ml fresh milk 100 ml fresh cream - Double boil bahan ini hingga panas..masukkan 25gm tpg kastard, 50 gm gula castor, 2 biji kuning telur, dan 25ml fresh milk -kacau sehingga adunan ini pekat..lepas tuh sejukkan semalaman
  • 200gm fresh cream yg dipkl hingga bertanduk. lepas dah custard kite sejuk baru kaup balik dgn fresh cream bertanduk.simpan lagi dlm peti ais.

Cara-cara

  1. utk buat kulit masukkan kesmua bahan2 tepung dlm bowl..buat lubang di tengah..masukkan bahan cecair sikit demi sikit..kacau sampai sebati dan tapis baru masukkan pewarna
  2. tuang sesenduk dlm nonstick pan..lenggang kasi nipis.tak perlu terbalikkan....bila dh siap..letak custard filling n isi durian..lepas tuh balut mcm balut popia..tp kena hati2

Sunday, 25 November 2012

Crepe lagi heee


Boleh buat 20++ keping crepes

------------------------
Bahan-bahan
Crepes Instant Mix 500gm
Telur 2 1/2
Air 300ml
sedikit pewarna utk kesukaan anda

---------------------------
Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan kecuali pewarna dan kacau hingga adunan sebati
2. Bahagikan adunan kepada 2 (letak warna ikut suka.. )
3. Biarkan seketika 10-20min..
4.Panaskan kuali tidak lekat ~ non stick pan.
5.Sapu sedikit minyak untuk kali pertama aje.
6.Masukkan sesenduk dan ratekan menggunakan belakang senduk @ lenggangkan kuali.
7.Masak hingga lempeng masak dan tidak perlu di terbalikkan.
8.Ulang hingga adunan habis di masak.

----------------------

*FILLING
2OO gm non dairy whipping creme ~ putar hingga kental
Isi durian secukupnye

*FILLING CUSTARD
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

** boleh juga durian di gantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin, maka tukar lerr nama nye kepada JAGUNG CREPE & MANGO CREPE.

------------------------

Ambil sekeping kulit...

Bahagian bawahnye menjadi belah atas ( sedikit kasar ).Bahagian atas yang licin jadik belah bawah, so bile kita lipat crepe kelihatan akan licin bersih.

Lepas letak inti durian tutup semula dengan whipping yang di putar kental. Boleh letak durian lebih dari whipping ~ ikut citarasa.
Boleh selang-seli, cream-durian-cream....

Lepas tu lipat masuk kanan dan kiri sehingga membentuk seperti bantal yang penuh berisi kekabu gitu. — Tepung Segera untuk segala jenis crepes (12 photos)
Like ·  ·  · about an hour ago ·