
Bahan-bahan ( 2 gelas)
3 uncang teh
3 keping gula Melaka...
1/2 tin susu cair
Sedikit air
Ketulan Ais secukupnya
Cara-caranya:
Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
Cairkan gula Melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula Melaka hancur dan sebati.
Masukkan air gula Melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
Masukkan ais ke atas lapisan gula Melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum.
Sila kurangkan gula Melaka kalau tidak suka manis. Boleh juga nak tambah uncang teh supaya lapisan teh lebih pekat. See More
No comments:
Post a Comment