Sunday, 28 May 2017

Sambal Tumis Tahan Lama

Credit  To Mingguan Wanita & tuan punya resepi Puan Imah Rahman.

Sambal Cili Api Berapi, Penambah Selera Makan Ketika Sahur & Boleh Buat Perencah Nasi Goreng
Sambal Cili Api Berapi, Penambah Selera Makan Ketika Sahur & Boleh Buat Perencah Nasi Goreng

Oleh:Nadia Mohamad
Pastinya kaum mak-mak gigih mencari resepi atau sejenis 'penambah selera makan' waktu bersahur, bukan? Haaa... jadi kali ini nak kongsi sajian yang dikira memudahkan kerja masak mak-mak di dapur, jom buat Sambil Cili Api Berapi, perkongsian daripada Puan Imah Rahman.
Taraaaa... dah siap saya punya stock utk bulan puasa. Sambal Cili Api Berapi. Fuhhh... boleh terbakor bibir! Sedap dimakan dengan nasi panas-panas, buat perencah nasi goreng pun boleh atau pengganti sambal belacan.

Bahan-bahannya:

4 genggam cili api (3 cili api merah+1cili api hijau-kalau tak suka pedas boleh pakai cili api hijau sahaja atau boleh kurangkan kuantitinya)
1 genggam ikan bilis
4 biji bawang besar dibelah 4
5 biji bawang kecil dibelah 2
7 ulas bawang putih
3 biji tomato dibelah 4
1 inci belacan-nak bakar atau tidak terpulang
Sedikit asam jawa/cuka
Garam dan gula

Cara-caranya:

1. Goreng ikan bilis separuh garing-angkat dan ketepikan.
2. Dengan minyak yang sama, goreng sekejap cili api, bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan tomato.
3. Blend semua bahan-bahan digoreng tadi bersama belacan dan minyak menggoreng tadi (jangan sampai jadi hancur. Biar kasar-kasar sikit baru cantik). Kemudian masukkan dalam kuali, perasakan dengan garam, gula dan asam jawa dan masak sampai pecah minyak.
Selamat mencuba!

Pes-pes Masakan... memudahkan proses memasak


Credit to Mingguan Wanita

Pes Masakan Untuk Mudahkan Kerja Mak-mak, Nak Masak Banyak Jenis Lauk Waktu Berbuka Pun Sempat!
Pes Masakan Untuk Mudahkan Kerja Ma-mak, Ini Kalau Nak Masak Waktu Sahur Nak Habis Pun Sempat

Oleh:Nadia Mohamad
Bekerja atau tidak, mak-mak memang suka kalau ada rahsia memasak yang memudahkan kerja mereka di dapur. Tambah pula bula puasa dah dekat, yang memerlukan anda masak dengan cepat tetapi sedap untuk keluarga. Asyik nak beli, kadang tak kena dengan selera tekak. Haaa... inilah caranya, cuma sediakan bahan memasak siap-siap dalam peti, tinggal nak masak je! Petua ini dikongsikan oleh Puan Sapina Shahabudin, kalau ini gayanya, nak masak macam-macam waktu sahur pun boleh! Jom semak apa bahan yang diperlukan...
Macam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper. Hari terlebih rajin... Dari pukul 2.00 tadi sampai pukul 5 baru selesai masak. Lega... Alhamdulillah.

PES IKAN BAKAR

1. Blend cabai kering, bawang besar, bawang merah dan bawang putih, serai yang dihiris nipis-nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.

PES SAMBAL TUMIS

1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.

PES GULAI IKAN

1. Tumis bawang merah dan bwg putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bawang merah, bwg putih dan sedikit cili kering.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya

KUAH BLACK PEPPER

1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
3. Masukkan kentang dan bawang yang diblendar
4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap.
5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam.
6. Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah
7. Masak hingga pekat dan naik bau.
(Boleh dimakan bersama fries, ayam goreng dan lain-lain)

PES NASI GRG IKAN BILIS

1.Blend ikan bilis yang dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.
(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.

PES ASAM PEDAS TUMIS

1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.
2. Tumis dalam minyak panas.
3. Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam/perisa.
(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)
SELAMAT MENCUBA

Puding Lapis Milo Susu

Credit to Resepi Bonda...

Image may contain: dessert and food
Agar-Agar Lapis Milo

Bahan (Lapisan Coklat)
8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
1 3/4 cawan air (akak letak hampir2 2 cawan)...
1/3 cawan gula
3/4 cawan serbuk Milo

Cara-Cara:-
Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
Tuangkan aduan ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.

Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.

Bahan Lapisan Susu:-
10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
1 1/2 cawan air (akak lebihkan jadi 1 3/4 cawan)
1/2 cawan gula
1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
beberapa titis esen vanila

Cara-Cara:-
Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
Masukkan susu sejat dan esen vanila.
Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.

Nona Manis menu Sungkai petang tadi { yang beli laaa... lepasni nak suruh kaklong buat}



Nona Manis, Wanita Ini Kongsi Rahsia Sebenar Buat Kuih Sedap Ini!
Siap

Oleh:Nadia Mohamad
Patutlah ramai orang buat kuih ini, rupanya sedap sangat rasa manis lemak santan. Bau wangi daun pandan, fuh berbaloi buat! Haaa... lagi best cara buatnya cukup mudah sebenarnya, cuba anda buat guna resepi yang dikongsikan Puan Shida Ida ini...

Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan
1 cawan tpg gandum
Pukul telur bagi kembang - kisar
Bekas lain, satukn gula, tepung, dan santan kacau rata
Campurkan dengan telur tadi dan kacau rata
Ketepikan

Bahan B

1/2 cawan santan
1/2 cawan air pandan
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit warna hijau jika perlu (saya letak 2 titis je)
Satukan air pandan dan santan
Campurkan dengan gula, tepung jagung, garam, dan perwarna (jika perlu)
Kacau rata dan tidak berketul
Masak api perlahan hingga meletup-letup, kilat dan sikit pekat
Satukn Aduanan A n B - kacau rata hingga jadi aduanan pekat dan licin. Ketepikan

Bahan C (adunan putih)

1 cawan santan pekat
1 sb tpg gandum
1/2 st garam
Satukan semua bahan C, masak atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga sikit pekat (jangan pekat sangat, nanti bila dipicit dia tak kembang kat atas sebab dah pekat)
Tunggu suam sikit masuk dalam piping beg (saya guna pam ubat anak)

Cara-cara:

1. Panas kukusan bagi air didih.
2. Balut kukusan dengan kain supaya air tak menitis.
3. Oles acuan lopang dengan minyak.
4. Tuang aduanan hijau dalam acuan 3/4.
5. Paip aduan putih ditengah aduan hijau hingga aduan naik penuh acuan.
6. Susun dalam kukusan dan kukus 7-10 minit.
7. Angkat dan biarkan sejuk baru kuarkan dari acuan.

Ayam Perik lagi [tapi laaaagi simple dari yang sebelum ni]

Credit to Pn. Yuss Aisya... resepi ni amik dr Mingguan Wanita...Oleh:Nadia Mohamad

Jarang kaum wanita nak masak ayam percik setiap hari melainkan ada majlis tertentu atau menyambut bulan puasa. Jadi sempena bulan Ramadan, anda boleh cuba resepi ini untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang dengan menggunakan resepi dari Puan Yuss Aisya ini...
Dalam sebuah dokumentari di astro, sebuah kedai ayam percik tersohor di Kelantan cuma beroperasi 3-4 jam setiap hari. Mengapa? Sebab ayam perciknya habis purata 100 ekor dalam tempoh itu saja.

Resepi Untuk Seekor Ayam


Perap dengan bahan tumbuk:
4 ulas bawang merah kecik
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit garam.
Lumur mesra biarkan sejam.

Bahan percik:


Amaran...! Kuah percik ini tersangatlah lazat dinasihatkan buat lebih jika tidak menyesal macam saya. Tak cukup!
1/2 kotak santan wajib pekat (200 ml - baki lagi 1/2 kotak masuk kemudian - jika ayam besar guna santan lebih lagi)
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas (optional)
5 tangkai cili kering rebus buang biji. (Saya suka pedas saya letak 10)
1 cawan air (cawan besar 250ml)
Blend semua diatas.
2 keping asam keping saiz sederhana
4 sudu gula (tak rasa manis sangat pun tak payah tekejut sangat)
1 sudu garam atau kiub ayam ikut cita rasa sendiri.

Cara Buat:

Masak api sedang kacau perlahan-lahan. Bila dah mendidik, baru masuk ayam.

Masuk ayam. Simbah-simbah kuah. Masak 5 minit kemudian balikkan ayam masak lagi 5 minit. Proses ni akan lock jus ayam dan serap lebih rasa percik. Jangan lupa simbah-simbah dan godek-godek perlahan ayam supaya tak melekat kat buntot kuali. Buat smpai habis ayam.

Lepas 10 minit rebus dalam kuah. Angkat ayam guna sepit. Bubuh atas tray. Pastikan ayam bersalut percik ye. Lapik dengan daun pisang. Saya duk padang pasir tak ada pokok pisang. Gunalah baking paper. Bakar dalam oven yang telah preheated 230°C selama 30 minit. Ayam saya kecik - Jika ayam besar tambah masa lagi.
Baki 1/2 kotak santan masuk dlm kuah percik tadi dan masak hingga berkrim. Rasa. Jika tawar tambah apa yg patut. Ingat... kuah wajib rasa masam, masin, manis, pedas yg seimbang baru jadi.
Texture ayam juicy dan empuk dicecah dengan kuah percik yang creamy. Tidak hairanlah mengapa ramai beratur pjg di kedai ayam percik di sekitar Kelantan

Air kulit.... pebret Ain

Image may contain: drink

Bahan-bahan ( 2 gelas)
3 uncang teh
3 keping gula Melaka...
1/2 tin susu cair
Sedikit air
Ketulan Ais secukupnya

Cara-caranya:
Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
Cairkan gula Melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula Melaka hancur dan sebati.
Masukkan air gula Melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
Masukkan ais ke atas lapisan gula Melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum.

Sila kurangkan gula Melaka kalau tidak suka manis. Boleh juga nak tambah uncang teh supaya lapisan teh lebih pekat.
See More

Nasi Daging... cam nasi arab jg tp versi simple

 
Credit to Blog Cahaya Cinta Ku

Tuesday, July 24, 2012

ReSePi : NaSi DaGiNg SiMpLe

Resepi lagi..? hahahha... dah mcm blog masakan ler pulak.. tapi takpe, ilmu mesti di kongsi kannn.. sebenarnya banyak aje resepi dlm internet kan kalau kita nak.. tapi lain org lain caranya..

Dan aku tak kata nasi daging aku sedap sbb aku pun tak pernah mkn nasi daging original.. yg aku tau aku try masak dan encik suami kata sedap.. tu yg penting.. encik suami kan juri masakan aku.. hehehe..

Okey.. meh kita mulakan kelas memasak ye anak2..

Semalam aku guna beras ni.. beras ni ialah beras yg di rekemen oleh abah aku kat kampung selaku chef kenduri kat kampung.. dia kalo masak utk kenduri memang beras ni le..

Aku biasanya pakai beras wangi jasmine tu aje.. tapi semalam ngengada lak nak pakai beras basmathi.. rege utk sekampit kecik ni dlm rm28 kot.. lebih kurang gitu lah..

Bahan utama ( utk 6-8 org makan ):
~ 5 beras basmathi atau beras biasa/wangi

Beras ni di basuh kemudian di rendam selama setengah jam, paling kurang 15 minit la.. lps stgh jam sila toskan airnya.. biarkan beras dlm periuk nasi..

Tapi kalau guna beras biasa takyah rendam.. just basuh dan tos kan.. paham..? hehe.. ok done.. meh buat langkah seterusnya..

~ 300 gram daging di potong kiub.. lebih elok daging batang pinang sbb cepat sikit empuknya.. nak taruk lebih pun takpe.. daging ni aku sekalikan dlm memasak nasik ye.. so takde byk sgt aku letak..


Bahan utk menumis di hiris nipis :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan2 lain :
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter/marjerin
150 ml susu cair
2 sudu besar sos tomato/tomato puri
sup bunjut adabi
bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 sudu besar serbuk kurma ~ aku guna baba's
garam secukup rasa ~ aku guna 2 kiub pati ayam knorr
air secukupnya..

Langkah pertama :

Dalam periuk , rebus daging kiub tadi bersama 7 cawan air , sup bunjut, rempah kurma ... rebus sampai daging empuk.. air rebusan jgn di buang sbb nak gunakan utk memasak nasi..


Langkah seterusnya :

Dalam periuk lain pulak, masukkan butter dgn minyak sapi..


Tumis bhn hirisan, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.. tumis sampai layu..


Kemudian, masukkan 2 sudu besar tomato puri.. kacau rata..


Masukkan pula susu cair.. kacau lagi..


Dan akhir sekali, masukkan air rebusan daging bersama dagingnya sekali ke dalam periuk tumisan tadi.. korang jgn main tuang aje tau.. sukat dulu airnya.. guna pot sukatan beras td, ambik air rebusan dlm 6 pot saja kalau guna beras basmathi la kan..

Tapi kalau guna beras biasa, just ambik 5 pot air rebusan daging tu aje.. dagingnya jgn lupa sauk sekali tau.. hehehhe..

Pastu masukkan 2 kiub pati ayam knorr.. dah settle proses pencampuran sila tutup api.. takyah tunggu menggelegak pun..

Tuang terus ke dalam periuk nasi yg berisi beras td... masak nasik mcm biasa.. utk beras basmathi, level sukatan air bg 5 pot beras adalah di nombor 7..


Siappppp... masa nak gembur2kan nasi tu sila guna garfu.. baru lawa sikit hasilnya..

Ayam Percik paaaling simple...

Credit to Blog Cahaya Cintaku...

Jom sediakan bahan2 utk di kisar :

~ 2 biji bawang besar
~ 2 inci kunyit hidup (kalau xde sila ganti serbuk kunyit)
~ 2 batang serai
~ 2 cm halia
~ 1 sudu kecil biji ketumbar
~ 4 ulas bawang putih
~ sedikit air utk blender

Bahan2 lain :
~ 3 sudu besar cili kering kisar.. tambah lagi kalau nak lebih pedas ye..

~ garam atau bahan perasa..

~ santan pekat 1 cawan.. kalau masak sekor ayam guna 2 cawan santan pekat.. senang citer masukkan je santan kotak yg 200ml tu..

~ asam keping sekeping je


Cara2nya :
1. Mula2 masukkan ayam dalam kuali.. tuangkan bahan2 kisar tadi ke atas encik ayam tersebut.. masa ni jgn bukak api dulu..


2. Ambik santan.. tuang ke dalam kuali yg berisi ayam + bahan kisar td..


3. Selepas masukkan santan, masukkan pulak 3 sudu besar cili kering kisar.. Haaaa masa ni dah boleh bukak api.. api sederhana je ye..

4. Kacau2 bg ayam tu sebati dgn kuah.. jgn lupa terbalikkan bg ayam tu tak masak sebelah aje...


5. Masukkan asam keping sekeping aje.. masukkan garam secukup rasa..


6. Masak sampai ayam tu jadi separuh masak dan kuah menjadi sedikit pekat.. matikan api..


7. Angkat ayam tersebut dan masukkan ke atas dulang pembakar.. tuangkan sedikit je kuah ayam percik tu td.. baki kuah sila simpan utk di tuang ke atas ayam sesudah siap di bakar..

8. Bakar ayam tersebut dlm oven selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut bertukar keperangan.. dgn suhu 180 celsius, api atas bawah..


9. Ayam yg sudah siap di bakar..

Daging Black Papper

[Copy dari blog Dapur Massakan : Sabtu, 26 Maret 2011]

Kelakar juga sebab yang ada komen tentang ejaan Paper tu haha...

RESEPI DAGING MASAK BLACK PAPER

BAHAN BAHAN
  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sudu besar gula
  • minyak untuk menggoreng 
CARA MEMBUATNYA
  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu biji lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yang banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Misi cari resepi

Selepas 5 tahun baru jumpa blog ni adoiii haha... ni gara-gara terlalu banyak email... tengah  mencari resepi yang akan dicadangkan untuk kaklong masak hari ni untuk sahur nnti... sahur ke tiga untuk ramadhan ini... in sya Allah

Syukur Dah Jumpaaa... alhamdulillah

Lama mencari blog ni rupanya ada dalam email yang jarang dgunakan... kebetulan tersalah buka email masa buka blog yang satu lagi n tak sangka pula kluar blog resepi ni 😍😍😍... syukur alhamdulillah... lepas ni boleh kumpul resepi lagi... lepasni mudahlah kaklong ez nak cari resepi tiap kali nak masak untuk "sungkai" nanti...alhamdulillah...