Sunday, 25 November 2012

Crepe lagi heee


Boleh buat 20++ keping crepes

------------------------
Bahan-bahan
Crepes Instant Mix 500gm
Telur 2 1/2
Air 300ml
sedikit pewarna utk kesukaan anda

---------------------------
Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan kecuali pewarna dan kacau hingga adunan sebati
2. Bahagikan adunan kepada 2 (letak warna ikut suka.. )
3. Biarkan seketika 10-20min..
4.Panaskan kuali tidak lekat ~ non stick pan.
5.Sapu sedikit minyak untuk kali pertama aje.
6.Masukkan sesenduk dan ratekan menggunakan belakang senduk @ lenggangkan kuali.
7.Masak hingga lempeng masak dan tidak perlu di terbalikkan.
8.Ulang hingga adunan habis di masak.

----------------------

*FILLING
2OO gm non dairy whipping creme ~ putar hingga kental
Isi durian secukupnye

*FILLING CUSTARD
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

** boleh juga durian di gantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin, maka tukar lerr nama nye kepada JAGUNG CREPE & MANGO CREPE.

------------------------

Ambil sekeping kulit...

Bahagian bawahnye menjadi belah atas ( sedikit kasar ).Bahagian atas yang licin jadik belah bawah, so bile kita lipat crepe kelihatan akan licin bersih.

Lepas letak inti durian tutup semula dengan whipping yang di putar kental. Boleh letak durian lebih dari whipping ~ ikut citarasa.
Boleh selang-seli, cream-durian-cream....

Lepas tu lipat masuk kanan dan kiri sehingga membentuk seperti bantal yang penuh berisi kekabu gitu. — Tepung Segera untuk segala jenis crepes (12 photos)
Like ·  ·  · about an hour ago · 

Saturday, 24 November 2012

Ayam Madu Mamak Lagi heee


Resepi ini Kak Noor salin daripada blog Mamak Haji.  Semua bahan yang disarankan oleh mamak haji Kak Noor ikut.  Sedikitpun x tinggalkan. Bukan apa, Kak Noor nak dapatkan citarasa sebenar resepi ini.  



Bahan-Bahan: 
1 Ekor ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10. Bersihkan dan sedia untuk goreng.
250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air).
100gm buah kismis
50gm buah jagus
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar serbuk cili
1 susu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering) - Kak Noor gunakan serbuk kayu manis yang siap dalam paket (boleh dibeli di pasar raya Carrefour)
Buah pelaga 5-7 biji, Cengkih 5, Bunga lawang 5.
Daun pandan satu helai (potong dalam 2-3 inchi)
Kisaran halia (2in.) + Bawang besar 2 biji + bawang putih 5-7 ulas)
Bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan.
Hirisan bawang besar -  1 biji (besar).
Minyak masak dan garam untuk secukup rasa. 

Penyediaannya:

1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam (sedikit) dan goreng. Gorengan tidak perlu garing atau terlalu lama cukup kadar masak 3/4 sahaja. Asingkan.. 

2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagus dan kismis dalam api yang sederhana. Jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini. 

3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila telah keluarkan bau yang harum, masukkan hirisan bawang dan daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum,  masukkan pula bahan kisaran bawang+halia + bawang putih. 

4. Apabila gorengan ini mengeluarkan haruman, masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis, dan serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini.  Apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum, masukan kisaran buah kurma dan gula pasir. Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan (kepekatan)  yang diperlukan. Sekiranya terlalu likat (pekat),  bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukan. Masukan garam yang sederhana. 

5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng.  Kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap ke dalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukan buah ganjus dan kismis yang telah goreng. Kacau serata. 

6. Keluarkan daripada kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu ke atas hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah).

Ayam Madu Mamak



Bahan2... [x boleh copy resepi ni so kena taip balik... sanggup taip sbb cam sedap je...]
6 ketul Ayam Madu
10 tangkai lada kering
1/2 kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga
1 kuntum bunga lawang
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
6 camca besar gula
2 camca besar madu
1 camca teh garam
1 camca besar cuka
1/2 cawan minyak masak

Cara-caranya...
- Goreng ayam dengan tepung....[mamak goreng dng tepung yg tebal sbb lebih tebal tepung lebih banyak kuah akan meresap]
- lada, bawang n halia - kisar
- panaskan minyak n tumis rempah kasar
- masukkan bahan2 kisar
- + 1/4 cawan air, cuka, gula, garam n madu
- campur ayam... hidang

Ayam panggang madu



Amacam? Ok tak? Memang sedappppppppp gila~~~~~ Dah buat dua-dua baru perasan takde sayur tapi takpelah kan sehari tak makan sayur wakaka. 

So saje nak share resepi Ayam Panggang Madu and Mashed Potato ni. Hope ada yang cuba ;)

Ayam Panggang Madu

Bahan - bahan :


1. Saya guna 5 ketul ayam whole leg dan 10 ketul peha ayam
2. 4 sudu kicap pekat (saya lebihkan)
3. 3 sudu madu (saya lebihkan)
4. Lada sulah
5. Serbuk lada hitam

Cara - cara :

1. Letak ayam dalam satu bekas besar. Pastikan ayam dah dipotong dan dibasuh bersih.
2. Then lumur ayam dengan kicap pekat dan madu. 
3. Then letak lada sulah and serbuk lada hitam. Segala sos dan perisa letak ikut citarasa masing-masing k. 
4. Bakar dalam oven dengan suhu 190C dalam masa 45 minit atau sehingga ayam benar-benar masak.

Mashed Potato

Bahan-bahan :


1. Kentang 10 biji (kalau nak kurangkan pun boleh, ikut citarasa masing-masing)
2. 1 1/2 cawan susu
3. Lada sulah 
4. Serbuk lada hitam

Cara-cara :

1. Kupas kentang, basuh, potong dua.
2. Rebus kentang dalam masa 20 min. Pastikan air menutupi semua kentang.
3. Bila dah agak-agak empuk tu, boleh cucuk dengan garfu untuk investigate. Toskan kentang and boleh    
    start hancurkan kentang dah.
4. Masa hancurkan tu selang seli kan dengan susu.
5. Then tambah lada sulah and serbuk lada hitam. Jangan banyak sangat k.
Proses melecek kentang. Potato masher tu saya beli kat Langkawi akhir tahun lepas. Bukan sudip yang saya bengkokkan k. Wakaka

Gravy 

Bahan-bahan :

1. 4 sudu tepung jagung
2. 4 sudu butter
3. 1 labu bawang besar
4. 2 ulas bawang kecil
5. 4 cawan air 
6. Sedikit kicap pekat
7. Lada sulah
8. Serbuk lada hitam
9. 2 kiub pati ayam

Cara-cara :

1. Blend bawang besar dan bawang kecil bersama. Then tumis dengan butter.
2. Masukkan tepung jagung. Kalau bawang nampak banyak, boleh tambah tepung jagung.
3. Bila nampak dah nak kering tu, masukkan air. Kacau-kacau.
4. Masukkan kicap pekat dan kacau-kacau. And masuk kiub ayam.
5. Kalau sos nampak pekat tambahkan air. Last masukkan lada sulah dan 
    serbuk lada hitam ikut citarasa masing-masing. Kalau boleh jangan banyak 
    sangatlah k.

Gravy atau sos mashed potato ni saya blend sekejap utk mendapatkan tekstur yang halus dan sedap je dimakan kan. Sebab kuah ni akan berketul-ketul sikit sebab dari tepung jagung tu. So kalau blend lagi best kan.

Ayam Madu Lagi


Ayam Madu 3®

Imga0678
mudah & ringkas, bahan2nya pun wajib ada kt dapur...

Created on : 27-03-2011


 

Bahan-bahan ( 4-5 0rg makan )

  • 1/2 ekor ayam - potong/cuci brsih/toskn
  • ayam dgaul garamkunyit - dgoreng
  • *6 biji bawang merah
  • *4 ulas bawang putih
  • *2 inci halia
  • *10 biji cili api ( ikut pedas)
  • *2 biji cili merah
  • bahan brtanda dblend halus
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar madu
  • 2 batang serai - dtitik
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 labu bawang besar - dhiris bulat/sedikit tebal
  • sedikir garam halus
  • 1/2 cawan air panas

Cara-cara

  1. Panaskn 1/3 cawan minyak, tumis kulit kayu manis, serai & bahan yg dblend hingga naik bau & sedikit garing
  2. Masukkn 2 jenis sos, kicap manis & madu...biar seketika, dikuti 1/2 cawan air panas...kacau mesra (biar kuah mndidih dgn api yg kecil)
  3. Bleh masukkn ayam, biar kuah mereneh dgn api kecil & gaul/kacau mesra. Sesuai rasa garamnya, klau dah cukup masin x prlu garam lgi
  4. Apabila kuah@sos sudah pekat, masukkn bawang besar...biar seketika, gaul mesra.
  5. Tutup api apabila bawang 1/2 layu, bleh tabur daun bawang/sup & bawang goreng klau suka
  6. Selamat mncuba & menikmati hasilnya :)

Kepak Ayam Madu


Kepak Ayam Madu Pedas

Img_3042
Resepi mudah & sedap

Created on : 05-12-2008


 

Bahan-bahan ( 2 org makan )

  • 5 keping kepak ayam - digoreng
  • Bawang besar - dipotong bulat
  • Cili api - dihiris kasar
  • 1 s/b sos tiram
  • 1 1/2 s/b madu (saya guna madu CAPILANO)
  • 3 s/b minyak kelapa

Cara-cara

  1. Goreng bawang besar dan cili api hingga bawang layu. Masukkan sos tiram dan madu. Padamkan api dan sebatikan ayam dengan bahan sos tadi.

Ayam madu


Ayam Masak Madu

Ayam_madu_1
Makan dgn nasi beriani/nasi minyak & sewaktu dgn nya

Created on : 22-07-2006


 

Bahan-bahan ( 2-4 )

  • 1/2 ekor ayam
  • garam
  • kunyit
  • 1 sudu rempah kari ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • bawang besar
  • cili kering
  • madu
  • gula merah
  • sos/tomato puree
  • air

Cara-cara

  1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
  2. Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
  5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
  6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.

Monday, 19 November 2012

crepe pancake


Crepe.....lempeng omputih



Crepe pancake nipis ni....kalau ikut carian dr mr google asal dari Perancis.boleh dihidangkan dg letak filing manis ataupun letak inti ayam, daging..telur ke...apa2 ikut selera masing-masing...



intai apa intinya....cream cheese dgn strawberry dan kiwi...ni mama punya.

Pertama kali tengok crepes ni masa abg no3 bawa balik dr sek...dia beli di kantin sek.lepas tu anak2 request nak mkn crepes yg ada di jual di gerai dpn C4....mama pergi beli dan tengok cara2 pekerja tu buat....batternya cair mcm lempeng...masak dlm ceper besar. Adunan diratakan nipis2 dgn kayu utk rata...sekejap je masak....mudah masaknya...boleh buat sendiri ni.Sekeping inti coklat 8 LE @ RM4. Kalau nak letak inti ayam..daging sekeping LE12. Tak puas anak2 mkn...tak cukup mrk kata, nantilah mama buat sendiri...baru puas mkn.



Mamapun cari resepinya di internet....jumpa resepi di MYR....mudah bahan2nya.dah 2x buat sbb anak2 suka sgt. Jom tengok resepi mudah ni..

Crepes
Resepi; Joayee @ MYR
oleh: Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 8-10 )
1 cwn tepung gandum
3/4 cwn susu segar
1/2 cwn air
2 biji telur
3 sudubesar minyak masak atau butter cair
1/2 sudu kecil garam

filling option 1:
Cheddar cheese + can mushroom + can tuna
filling option 2:
pisang + nutella atau cokelat sos & makan bersama fresh cream
filling option 3:
lemon + gula

Cara-cara
Crepe prep:- masukkan semua bahan dalam bekas, kacau sebati. tapiskan adunan untuk lebih licin dan lembut. Perap 30-1jam dlm fridge.
panaskan pan crepe atau kuali leper yg besar. sapu sedikit minyak. masak crepe selama 2-3 min. ulangi process hingga semua bancuhan habis. Crepes yg dah masak boleh letak bertindan, insyaAllah tak melekat. tutp dalam cling film , simpan dalam fridge sehinga 3 hari. Atau bole juga simpan dalam freezer.
Serving:- Panas pan, sapu dengan butter. letakkan sehelai crepe, ratakan filling. Lipat 2. Sapu butter lagi. Lipat lagi untuk bentukkan 3 segi. Hidang panas2.
note: kalau suka yg garing, sebaikknya prepare kulitnya sehari awal. dan juga masak lama skit masa taruk filling .



ratakan adunan...biar tipis dan sekata..nak mudah guna kuali non stick.



sekejap je masak...kuning keperangan...tak perlu balik,dah boleh angkat.



filling choc dan tabur choc chips


inti coklat ni anak2 punya...laris...kejap je licin anak2 sapu..


crepe sesuai juga utk sarapan anak-anak sbb kejap je masaknya....