Tuesday, 6 June 2017

Coklat Lagi



Credit to blog Suzanazamri😘

COKLAT HOMEMADE DWI-WARNA Sumber:blog Resipi coklat.tenkiu!

Bahan-bahan
Coklat compound. Boleh pilih sama ada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate)

Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di atas coklat – kismis, almond, kacang, dan sebagainya. Ini hanyalah sekadar pilihan sahaja.

Nota tambahan : Terdapat beberapa jenama coklat compound yang boleh anda beli di kedai bahan kek. Antara brand yang selalu digunakan adalah brand Beryl, Colatta, Selborne.Saya menggunakan Colatta

Alatan Untuk Membuat Coklat Homemade
Anda juga perlu menyediakan peralatan seperti berikut Coklat mould
Terdapat pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati/love, bentuk bunga ros, dan sebagainya.
Piping bag untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould. Kalau tiada piping bag, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu.

Resepi Coklat Homemade
cara membuatnya Sebelum anda dapat menggunakan coklat mould, anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu. Caranya adalah dengan menggunakan teknik double boiler. Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan. Setelah coklat cair, isikan piping bag dengan coklat cair dan masukkan cairan coklat ke dalam mould satu persatu.Boleh juga letak pewarna yang di sukai.
Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan inti di atas lapisan tersebut. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup inti coklat anda. Sejukkan dalam peti ais.Selamat mencuba.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Coklat Oreo



COKLAT OREOBy : Chef Amer dari blog:Azlita masam manis/Tq! Bahan-bahan 300 gm coklat susu kompaun 1 bungkus biskut oreo Edible Imej secukupnya. Cara membuatnya Coklat susu kompaun di racik halus. Cairkan coklat susu kompaun secara double boiler Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis. Masukkan coklat dalam piping bag. Mula-mula sediakan acuan coklat berbentuk bulat. Pastikan acuan ini di bersihkan dan pastikan juga ianya kering. Paipkan coklat yang telah di cairkan dalam acuan 1/3 sahaja. Kemudian ketuk-ketukkan acuan atau hentak-hentakkan acuan supaya semua gelembung udara keluar. Selepas itu, susunkan biskut oreo. Tekan-tekan sedikit biskut oreo supaya masuk ke dasar acuan. Kemudian paipkan semula baki coklat tadi hingga penuh. Hentakkan lagi acuan untuk meratakan permukaan dan mengeluarkan gelembung udara. Simpan dalam peti ais hingga mengeras. Setelah keras keluarkan dari acuan. Jika ada lebihan coklat, potong dengan pisau yang halus dan tajam matanya. Sediakan Edible Imej yang kita suka. Sapukan sedikit coklat di belakangnya. Kemudian lekatkan pada permukaan coklat kita tadi. Kemaskan.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Coklat Home Made



Siapa penggemar coklat,lepas ni boleh buat coklat sendiri. Dijamin sedap. Aktiviti pagi Jumaat pada minggu lepas.Hilang tension sekejap!. Dulu saya tak tau nak buat coklat guna coklat jenis apa. Sekarang saya share cara buat coklat dekat blog ini. Untuk buat coklat yang sedap kita kena gunakan coklat compound brand Colatta. Dekat pasaraya takde jual coklat jenis ni, cuma ada di kedai kek. Saya beli di kedai Sweetbery/Citarasa. Kalau buat Almond London guna coklat ni memang sedap(kalau nak makan sendiri boleh la).Mahal ooiii!.Macam-macam mould ada di jual.Saya cuma beli mould rose ,nombor dan kulit kerang.Nanti nak tambah lagi!. Ada 3 jenis compound coklat ni iaitu dark, milk dan white. Saya gunakan milk coklat. Bahan-bahan 1 bar coklat compound badam biji/Hazelnut secukupnya(pilihan) Cara membuatnya Panaskan coklat guna kaedah double boiler. Badam dibakar untuk letak dalam coklat nanti Mula-mula letakkan sedikit sahaja coklat dalam mould kemudian sejukkan selama 3 minit dalam freezer. Letak coklat guna sudu, kalau guna piping bag, coklat masih panas. Letakkan sedikit coklat dahulu kemudian keraskan supaya corak tadi akan menjadi cantik dan berkilat. Apabila coklat sudah keras, bolehlah letak badam atau apa2 inti yang disukai, kemudian dilapisi dengan coklat semula. Simpan kembali dalam freezer selama 3 minit ataupun sehingga coklat mengeras. Tara..dah siap. Untuk mengeluarkannya,telangkupkan mould dan ketuk-ketukkan mould hingga coklat keluar

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Murtabak popia Dan Pencicahnya



MURTABAK MINI KULIT POPIA Resepi :Minami 133@My Resepi Sumber:Izah Daut
Bahan-bahan 
100 gm.daging cincang 
2 biji ubi kentang 
1 1/2 sudu besar rempah kari 
1/2 biji bawang besar 
1 ulas bawang putih 
2 biji telur garam secukup rasa gula saya tambah 
kulit popia secukupnya daun sup minyak 

 Cara membuatnya Inti murtabak Potong dadu bawang besar dan cincang halus bawang putih.Kemudian tumiskan hingga naik baunya. Masukkan rempah kari yang telah di bancuh dengan air.Goreng sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging cincang dan kentang yang telah di potong dadu dan sedikit air. Bila semua bahan hampir masak,masukkan garam dan gula secukup rasa ataupun serbuk perasa jika suka. Jika terlalu kering,tambahkan sedikit air.Akhir sekali masukkan daun sup.Bila semua rasa sudah sesuai,bolehlah di angkat. Pukul telur didalam mangkuk,masukkan inti murtabak ke dalam telur.Kacau sehingga bergaul sebati. Cara membungkus murtabak ambil sehelai kulit popia dan letakkan intinya di tengah-tengah. Lipat tepi kiri dan kanan kemudian lipat lagi atas dan bawah membentuk empat segi kecil.Saya gamkan hujungkan dengan bancuhan tepung gandum dan air.Buatlah sehingga inti habis. Dengan menggunakan sedikit minyak,goreng murtabak sehingga garing di kedua-dua belah dengan api yang perlahan. Bolehlah di hidangkan dengan kuah pencicahnya iaitu cuka bawang.

 CUKA BAWANG Resepi:Noorsha 
Bahan-bahan 
1 biji bawang besar-hiris nipis 
1/6 cawan cuka/secukupnya 
1/2 cawan air panas
 sedikit garam dan gula 
sedikit pewarna merah 

Cara membuatnya Campurkan semua bahan di atas dalam satu mangkuk dan kacau rata.Biar mesra semua rasa lebih kurang 15 minit sebelum di hidangkan dengan murtabak.Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Sunday, 28 May 2017

Sambal Tumis Tahan Lama

Credit  To Mingguan Wanita & tuan punya resepi Puan Imah Rahman.

Sambal Cili Api Berapi, Penambah Selera Makan Ketika Sahur & Boleh Buat Perencah Nasi Goreng
Sambal Cili Api Berapi, Penambah Selera Makan Ketika Sahur & Boleh Buat Perencah Nasi Goreng

Oleh:Nadia Mohamad
Pastinya kaum mak-mak gigih mencari resepi atau sejenis 'penambah selera makan' waktu bersahur, bukan? Haaa... jadi kali ini nak kongsi sajian yang dikira memudahkan kerja masak mak-mak di dapur, jom buat Sambil Cili Api Berapi, perkongsian daripada Puan Imah Rahman.
Taraaaa... dah siap saya punya stock utk bulan puasa. Sambal Cili Api Berapi. Fuhhh... boleh terbakor bibir! Sedap dimakan dengan nasi panas-panas, buat perencah nasi goreng pun boleh atau pengganti sambal belacan.

Bahan-bahannya:

4 genggam cili api (3 cili api merah+1cili api hijau-kalau tak suka pedas boleh pakai cili api hijau sahaja atau boleh kurangkan kuantitinya)
1 genggam ikan bilis
4 biji bawang besar dibelah 4
5 biji bawang kecil dibelah 2
7 ulas bawang putih
3 biji tomato dibelah 4
1 inci belacan-nak bakar atau tidak terpulang
Sedikit asam jawa/cuka
Garam dan gula

Cara-caranya:

1. Goreng ikan bilis separuh garing-angkat dan ketepikan.
2. Dengan minyak yang sama, goreng sekejap cili api, bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan tomato.
3. Blend semua bahan-bahan digoreng tadi bersama belacan dan minyak menggoreng tadi (jangan sampai jadi hancur. Biar kasar-kasar sikit baru cantik). Kemudian masukkan dalam kuali, perasakan dengan garam, gula dan asam jawa dan masak sampai pecah minyak.
Selamat mencuba!

Pes-pes Masakan... memudahkan proses memasak


Credit to Mingguan Wanita

Pes Masakan Untuk Mudahkan Kerja Mak-mak, Nak Masak Banyak Jenis Lauk Waktu Berbuka Pun Sempat!
Pes Masakan Untuk Mudahkan Kerja Ma-mak, Ini Kalau Nak Masak Waktu Sahur Nak Habis Pun Sempat

Oleh:Nadia Mohamad
Bekerja atau tidak, mak-mak memang suka kalau ada rahsia memasak yang memudahkan kerja mereka di dapur. Tambah pula bula puasa dah dekat, yang memerlukan anda masak dengan cepat tetapi sedap untuk keluarga. Asyik nak beli, kadang tak kena dengan selera tekak. Haaa... inilah caranya, cuma sediakan bahan memasak siap-siap dalam peti, tinggal nak masak je! Petua ini dikongsikan oleh Puan Sapina Shahabudin, kalau ini gayanya, nak masak macam-macam waktu sahur pun boleh! Jom semak apa bahan yang diperlukan...
Macam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper. Hari terlebih rajin... Dari pukul 2.00 tadi sampai pukul 5 baru selesai masak. Lega... Alhamdulillah.

PES IKAN BAKAR

1. Blend cabai kering, bawang besar, bawang merah dan bawang putih, serai yang dihiris nipis-nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.

PES SAMBAL TUMIS

1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.

PES GULAI IKAN

1. Tumis bawang merah dan bwg putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bawang merah, bwg putih dan sedikit cili kering.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya

KUAH BLACK PEPPER

1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
3. Masukkan kentang dan bawang yang diblendar
4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap.
5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam.
6. Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah
7. Masak hingga pekat dan naik bau.
(Boleh dimakan bersama fries, ayam goreng dan lain-lain)

PES NASI GRG IKAN BILIS

1.Blend ikan bilis yang dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.
(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.

PES ASAM PEDAS TUMIS

1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.
2. Tumis dalam minyak panas.
3. Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam/perisa.
(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)
SELAMAT MENCUBA

Puding Lapis Milo Susu

Credit to Resepi Bonda...

Image may contain: dessert and food
Agar-Agar Lapis Milo

Bahan (Lapisan Coklat)
8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
1 3/4 cawan air (akak letak hampir2 2 cawan)...
1/3 cawan gula
3/4 cawan serbuk Milo

Cara-Cara:-
Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
Tuangkan aduan ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.

Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.

Bahan Lapisan Susu:-
10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
1 1/2 cawan air (akak lebihkan jadi 1 3/4 cawan)
1/2 cawan gula
1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
beberapa titis esen vanila

Cara-Cara:-
Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
Masukkan susu sejat dan esen vanila.
Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.